Bandung Trip : Bahagian 1


Sejak belajar Ph.D ni......kepala ku sering pening-pening. Darah tinggi asyik naik menjangkau 200. Akhir-akhir ini aku banyak memperlahankan segalanya, tidak mahu terkejar-kejar, takpelah biar lambat yang penting kesihatanku terjaga.....Ya Allah ku pohon dariMU dengan kasihsayangMU kurniakanlah aku hambamu yang kerdil dan hina ini kesihatan yang berkekalan agar dapat melakukan amal ibadat kepadaMu dan belajar demi untuk mendapat keredaanMU Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat....aminnnnn

Dah lama tak jalan.... trip terakhir ialah mengerjakan umrah pada March 2008. Lepas tu tak ke mana-mana kerana fiqah nak SPM. jadi aku buat keputusan untuk ke Bandung..satu tempat yang agak nyaman untuk merehatkan badan. Kali terakhir aku ke Indonesia ialah pada 1996. Masa tu aku ikut travel agent ke Jakarta, Puncak, Bandung, Jogjakarta dan Solo.Tetapi kali ini aku merancang untuk melakukankannya sendiri tanpa travel agent. Kebetulan MAS ada buat promotion harga RM 1 tetapi biasalah bila campur tax harga menjangkau RM241 seorang pergi dan balik jakarta.Jadi aku terus booked untuk tiga orang untuk 4 hari 3 malam. Tetapi seminggu lepas tu air asia pulak buat fair cuma RM70 pergi balik bandung......nak buat camne dah terbeli tiket MAS.

Kemudian aku mula membaca beberapa thread cari.com seperti thread ke bandung dan jakarta untuk mendapatkan panduan bagaimana nak mendapatkan hotel dan kemudahan pengangkutan di sana. Hasil pembacaan aku mendapati saranan bahawa adalah lebih murah menggunakan agent travel di sana kerana kita boleh mendapat harga voucher yang jauh lebih murah dari walk in atau harga di website. untuk membuktikannya aku cuba menelefon beberapa hotel di Bandung untuk mendapatkan rate bilik dan juga menelefon agen travel bandung. Memang terbukti harga agen adalah jauh lebih murah. Begitu juga dengan harga supir, aku cuba mendapatkan quote dari sifu bandung di thread bandung dan travel agen indon, agen indon bersedia meberikan rate yang lebih murah. Walaupun dengan sifu bandung tidak memerlukan apa-apa bayaran pendahuluan, akhirnya aku nekad membayar downpayment kepada agen totaltravel walaupun ada kebimbangan jika ditipu.....


Akhirnya kami terbang ke Jakarta pada 1 maret. Alhamdulilah. Setibanya di Jakarta kami menaiki bas DAMRI ke stasiun gambir. Aku ingin membawa suami dan fiqa merasai pengalaman menaiki agro gede ke Bandung di samping menikmati pemandangan. Malangnya Agro Gede hanya akan bertolak pada jam 2.30 sedangkan waktu itu hanya jam 12.30. Jadi aku membuat keputusan menaiki parahyangan eksekutif yang akan bertolak pd jam 1.30 petang. Agro Gede adalah keretapi eksekutif dengan tambang 75krp sedangkan parahyangan adalah coach biasa yang dah buruk walau bagaimanapun kami naik class eksekutif. Tambangnya hanya 40krp.Sebelum naik keretapi aku menelefon agen di bandung memberitahu kami akan sampai ke stasiun keretapi bandung dalam jangkamasa tiga jam lagi. Alhamdulilah apabila sampai di Stasiun, pak supir kami Pak UJang sudah sedia menanti untuk membawa kami ke Hotel Royal Dago. Alhamdulilah...Allah memelihara kami...tidak tertipu rupanya... Aku memang memilih hotel budget memandangkan bajet tak seberapa. Walau bagaimanapun kedudukan hotel ini amat strategik di tengah-tengah kelompok FO yang terkenal di Bandung. Pasar Baru agak jauh, tetapi oleh sebab kami ada supir...jadi tiada masalah ke mana-mana.

Comments

  1. salam...nk tya
    hotel tu dalam sehari berapa?
    n ada tak no supir?
    saya nk g bandung dlm bln 5 ni
    tapi blur2 tak tau nk book hotel mana
    pastu klu hotel tu, senang tak kita nk g tempat2 dia yg best?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan

      Kami menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong.

      Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
      Hubungi kami Bilangan +62 858 6137 8328 ( Whats app bersedia ) atau email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

      Free & Eazy Program Tour (up to you)

      Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

      Kereta Taip Daily/14 hour

      Suzuki APV ( 7seat ) Rp 425,000

      Toyota Avanza ( 6seat ) Rp 425,000

      Toyota Innova ( 7seat ) Rp 600,000

      KIA Pregio ( 10seat ) Rp 650,000

      Isuzu Elf ( 11-15 tempat duduk ) Rp 750,000

      Isuzu Elf Long 16 tempat duduk IDR 950,000


      Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.


      CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
      telefon office : +62 8888 9177 00
      WhatsApp : +62 858 6137 8328
      pin blackberry : 30D1 82F0
      email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

      Delete

Post a Comment