Kepada mereka2 yg nak menghantar dan menerima hantaran Al-Qur’an…

Kepada mereka2 yg nak menghantar dan menerima hantaran Al-Qur’an….

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna ke emasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah ke pada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu ke emasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” ke luh Jamilah.

“Ala, a wak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca wak tu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu ke emasan. Saiznya ke cil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil ke lihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya ter ke jut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli ke luarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga ter ke bil- ke bil melihat ke libat orang yang di ke nali di ke dai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang di ke nali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang ke palanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang ke luar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan ke lucuan. Ada yang menggeleng-geleng ke pala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” ke dengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai ke lihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar ke palanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran ke mudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, ke dudukannya tidak sama. Malah, ke tahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk ke mudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari ke hidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian ke palanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ke taatannya ke pada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan ke sturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini ke pada semua ....... ke rana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


Baca seterusnya....

Rupanya nilah masalahnya.....

Rawat obes akibat stres

SETELAH mendalami bidang perubatan dan melaksanakan program diet menggunakan hormon bioidentikal saya berasa begitu gembira dapat membantu mereka yang bermasalah seperti itu. Tanpa rawatan yang spesifik tidak mungkin pesakit saya dapat menurunkan berat badan dengan mudah.

Ini kerana masalah yang dihadapi bukanlah kerana faktor makan berlebihan semata-mata. Sebaliknya pesakit yang berkunjung ke Marissa Estetik tidak mempunyai masalah untuk mengawal pemakanan mereka. Mereka mencuba pelbagai ubat-ubatan dan produk pelangsingan namun hampa. Untuk bersenam pun tidak mampu kerana tubuh terasa berat dan tenaga juga berkurangan. Oleh kerana itu ramai yang menjadi kecewa. Rawatan dari klinik-klinik biasa juga tidak mampu membantu. Puas sudah menahan selera dan mengikat perut namun badan tetap juga mengembang. Sebenarnya ini adalah masalah dalam metabolisme tubuh mereka. Apabila badan tidak boleh membakar makanan dan lemak segalanya terkumpul sebagai cecair yang melekit dan menyumbatkan sel-sel kita. Akibatnya sel-sel tubuh menjadi rosak dan mengalami metabolisme yang tidak efektif sehingga lemak dan karbohidrat tidak dapat dibakar. Masalah ini ibarat satu kitaran yang merosakkan tubuh badan kerana makanan yang tidak diproses menjadi tenaga akan hanya menjadi bahan berupa lendir dan mukuous mucous. Bahan tersebut akhirnya menyumbatkan sel-sel dan akhirnya menjadi rosak. Sel yang rosak hilang upaya untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh dan akhirnya seseorang itu akan menjadi sangat lemah.

Masalah metabolik saya bahagikan kepada lima jenis yang utama. Untuk minggu ini saya menghuraikan dua daripadanya terlebih dahulu.

1) Masalah lemak pada belakang tubuh.

Lemak berkumpul dengan banyak pada bahagian belakang terutamanya di bawah leher. Ia berbonggol. Dalam bahasa saintifik (perubatan) ia dikenali sebagai buffalo hump. Bagi mereka yang mengidap masalah ini lemak juga banyak berkumpul pada kawasan scapular (tulang selangka). Ada kalanya ia terletak di bawah ketiak sehinggakan sukar memakai coli dengan baik. Keadaan itu juga membuatkan buah dada kelihatan besar dan tidak di bentuk dengan menarik. Mereka yang mempunyai masalah ini tidak dapat menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet semata-mata. Ini kerana dalam tubuh mereka terdapat hormon cortisol yang terlalu tinggi. Hormon ini sangat cenderung mengumpulkan lemak. Cortisol adalah hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar adrenal dalam tubuh kita. Peningkatan adrenal adalah disebabkan faktor tekanan (stres) dan juga makanan tertentu seperti gula yang tinggi yang meningkatkan aktiviti adrenal. Ubat-ubat untuk diet juga boleh membuatkan adrenal aktif. Oleh kerana itulah mereka yang mengamalkan ubat diet apabila berhenti mengambil ubat akan mengalami kenaikan berat badan yang banyak disebabkan oleh kelenjar adrenal terlalu aktif.

Sebenarnya hormon cortisol amat mustahak kepada kita dalam kuantiti yang optimum. Apabila tubuh mengalami stres seperti membuat kerja berat atau bersenam, tubuh menggunakan banyak tenaga dan perlu mengumpul semula tenaga itu. Pada masa itulah hormon cortisol memainkan peranan yang sangat penting. Hormon ini menjadikan tubuh kita mengumpul tenaga dalam bentuk lemak. Pada zaman moden stres yang melanda bukannya dari segi fizikal tetapi kebanyakannya melibatkan mental. Namun tubuh kita mengenalinya sebagai stres fizikal menyebabkan cortisol terhasil dengan banyak. Boleh dikatakan mereka yang mengalami masalah obesiti melibatkan pengumpulan lemak yang tinggi pada belakang mempunyai stres yang agak tinggi dalam kehidupan mereka. Mereka gagal berdiet di sebabkan faktor ini. Rawatan yang sesuai sudah tentulah penggunaan hormon bioidentikal yang membantu mengurangkan paras cortisol. Selepas paras cortisol berkurangan akan berlaku perubahan berat badan menakjubkan. Begitu juga bentuk tubuh di mana perubahan yang berlaku akan menjadi ketara.

2) Masalah lemak pada bahagian depan tubuh iaitu pada buah dada, ketiak, perut termasuk lengan.

Lemak yang berkumpul pada bahagian ini adalah disebabkan oleh faktor hormon yang tidak seimbang. Di dalam tubuh wanita terdapat hormon yang penting iaitu estrogen dan progestron. Kehadiran kedua-dua hormon ini perlu seimbang. Apabila estrogen terlalu banyak maka akan berlaku ketidak seimbangan. Estrogen cenderung untuk mengumpulkan lemak pada perut, dada, lengan dan ketiak. Mereka yang mengalami masalah ini cepat letih dan sukar memakai korset atau pakaian ketat kerana saiz badannya lebih besar apabila waktu petang atau malam. Korset yang dipakai terasa seolah-olah semakin ketat di sebabkan perkara ini. Sebenarnya tubuh mereka menyimpan air yang banyak. Semakin lama air menjadi semakin banyak dalam sel menyebabkannya mengembang sehingga baju yang yang dipakai terasa semakin ketat. Rawatan yang sesuai sudah tentulah rawatan yang meningkatkan progestron dan mengurangkan estrogen bagi wanita. Bagi lelaki pula kita akan meningkatkan hormon testosterone yang penting bagi lelaki dan mengurangkan estrogen juga.

Pendekatan menangani obesiti haruslah dibuat menerusi pelbagai aspek kerana mengawal makan sahaja bukanlah penyelesaiannya. Selepas rawatan barulah doktor akan mengenalpasti makanan yang sesuai dengan komposisi tubuh seseorang. Ini membuatkan seseorang lebih mudah menjaga dirinya bagi mengelakkan stimulasi hormon cortisol dan estrogen. Perubahan gaya hidup juga penting iaitu dengan menjauhi ketegangan dan bijak menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian.


Baca seterusnya....

Sinergi 1,2 dan 3 : Kekuatan Cinta Seorang Isteri

Saya meraup dua tangan ke wajah. Satu keluhan yang berat saya lepaskan. Mata terus terpaku ke skrin kaca di hadapan.Hari ini buat kesekian kalinya saya menerima beberapa emel berkisar masalah rumahtangga. Saya tidak dapat menyembunyikan rasa hiba Dan sedikit terganggu dengan beberapa luahan dari pihak isteri. Baris demi baris saya baca Dan amati sebaiknya.

Bukan seorang dua, malahan sebahagian besar emel yang diterima, sehinggakan ruang berbual di kotak sembang di blog saya juga mengenengahkan masalah yang hampir sama.
Kesemua mereka meminta pandangan bagaimana harus berhadapan dengan sikap suami yang tidak pandai memujuk, bermesra membelai, bahkan sebahagiannya panas baran, suka mengherdik, menengking Dan memukul tubuh badan.

“Kasihan,” bisik saya.

Bagai turut merasai kepahitan dari luahan jiwa setiap seorang dari mereka. Bagai terbayang air Mata yang tumpah saat mereka menghadapi hidup seharian.

“Ya ALLAH, bagaimana lagi dapat aku membantu ?” Bertalu sahutan dari dalam diri setiap kali saya menerima Dan membaca perkongsian masalah dari para isteri di luar sana.

Mungkin ramai yang menyedari saya terlalu jarang mengenengahkan perbincangan tentang tanggungjawab suami Dan hak-hak seorang isteri ke atas mereka .

Dari awal saya menulis Dan menyentuh aspek hubungan kekeluargaan, terutama pendirian saya berkait hubungan suami isteri, saya pasti lebih cenderung untuk membicarakan tindak tanduk isteri; apakah peranan yang perlu para isteri laksanakan untuk mencipta ketenangan dalam rumahtangga, juga perbincangan hak-hak seorang suami yang wajib dipenuhi sebagai satu bentuk ketaatan para isteri kepada suruhan ILAHI.

Mengapa harus isteri sahaja di’kenakan’ sepanjang masa? Tidakkah saya merasa belas? Adakah saya tidak memahami?

Ada beberapa sebab untuk saya menjawab persoalan itu.


PERTAMA : PERINGATAN DARI NABI





Baca seterusnya....

Tanda-tanda Hati Menjadi Keras....

Hati adalah sumber ilham Dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta Dan benci, keimanan Dan kekufuran, taubat Dan sikap degil serta ketenangan Dan kebimbangan.
Hati merupakan sumber kebahagiaan jika Kita mampu membersihkannya namun sebaliknya IA merupakan sumber bencana jika Kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. Berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan Dan amal kebajikan





Baca seterusnya....

Persahabatan....

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum
ianya berlaku.



Baca seterusnya....

ayat -ayat syifa



Seseorang ulama sufi bernama Syeikh Abdul Qassim al- Qusyairi (Imam Qusyairi) memiliki seorang anak yang sedang sakit tenat. Beliau selama ini telah berhabis ikhtiar dengan pelbagai cara untuk mengubati penyakitanaknya.


Namun semua usaha itu tidak mendatangkan kejayaan bahawa anaknya akan sembuh seperti sedia kala. Walauapapun keadaan beliau tetap tidak mudah berputus asa untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakit anaknya yang luka itu.

Pada satu malam yang hening, Imam Qusyairi telah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Lalu tanpa segan silu Imam Qusyairi mengadukan akan masalahnya yang dihadapinya kepada Rasulullah s.a.w. tentang penyakit anaknya itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Iman Qusyairi, “Apa yang kamu buat dengan ayat-ayat Syifa? wahai Abdul Qassim?”


Baca seterusnya....

Dunia ini......

Kata Imam Hasan Al Bashri. 

"Dunia ini hanyalah 3 hari. Hari kemarin yang sudah berlalu, 
dan kita tidak mampu lagi untuk merubahnya. Hari esok, 
adalah misteri yang kita tidak tahu apakah kita akan masih 
memiliki kesempatan didalamnya. Dan hari ini, kesempatan 
untuk kita melakukan amal soleh. Maka,beramallah 
sebanyak-banyaknya." 

Hari demi hariku tempuhi
umur semakin larut pada senja
detik semalam telah padam
hari ini mengayam tikar kehidupan
esok yang belum pasti...


Baca seterusnya....