Bukan seorang dua, malahan sebahagian besar emel yang diterima, sehinggakan ruang berbual di kotak sembang di blog saya juga mengenengahkan masalah yang hampir sama.
Kesemua mereka meminta pandangan bagaimana harus berhadapan dengan sikap suami yang tidak pandai memujuk, bermesra membelai, bahkan sebahagiannya panas baran, suka mengherdik, menengking Dan memukul tubuh badan.
“Kasihan,” bisik saya.
Bagai turut merasai kepahitan dari luahan jiwa setiap seorang dari mereka. Bagai terbayang air Mata yang tumpah saat mereka menghadapi hidup seharian.
“Ya ALLAH, bagaimana lagi dapat aku membantu ?” Bertalu sahutan dari dalam diri setiap kali saya menerima Dan membaca perkongsian masalah dari para isteri di luar sana.
Mungkin ramai yang menyedari saya terlalu jarang mengenengahkan perbincangan tentang tanggungjawab suami Dan hak-hak seorang isteri ke atas mereka .
Dari awal saya menulis Dan menyentuh aspek hubungan kekeluargaan, terutama pendirian saya berkait hubungan suami isteri, saya pasti lebih cenderung untuk membicarakan tindak tanduk isteri; apakah peranan yang perlu para isteri laksanakan untuk mencipta ketenangan dalam rumahtangga, juga perbincangan hak-hak seorang suami yang wajib dipenuhi sebagai satu bentuk ketaatan para isteri kepada suruhan ILAHI.
Mengapa harus isteri sahaja di’kenakan’ sepanjang masa? Tidakkah saya merasa belas? Adakah saya tidak memahami?
Ada beberapa sebab untuk saya menjawab persoalan itu.
PERTAMA : PERINGATAN DARI NABI
Satu perkara yang saya semat sebaik sahaja berumahtangga ialah untuk menjadikan pelaksanaan hak Dan tanggungjawab yang baru digalas ini kepada sesuatu kebiasaan hidup, IA perlu ‘meniti satu jambatan’ yang panjang yang terbina dari kombinasi Dan gabungan antara unsur keperibadian Dan bentuk lingkungan yang bertahun. Kedua-duanya telah begitu lama bersebati di dalam diri setiap individu baik wanita mahu pun lelaki selama 20 atau 25 atau 28 atau mungkin juga mencecah 30 tahun lebih usia.
Justeru itu, untuk mencipta keserasian Dan persefahaman antara pasangan suami isteri, IA memerlukan waktu Dan kesabaran yang jitu untuk saling memberi, menerima Dan mengingatkan jika terlupa dengan apa sahaja cara yang dapat diterima masing-masing. Ia perlu dipupuk Dan disemai, kerana mengabaikannya boleh mengakibatkan hubungan sedia Ada tergugat Dan terlerai.
Sungguhpun begitu, sebagai seorang isteri, usai akad ijab Dan qabul yang dilafazkan oleh suami, telah menaikkan saya ke satu lagi ‘anak tangga’ peranan selaku hamba-NYA di muka bumi ini, dengan menggalas tanggungjawab Dan kewajipan sekaligus meletakkan suami sebagai pemilik penuh ke atas diri saya seluruhnya.
Bagaimana dapat saya melupakan peringatan dari junjungan mulia yang dinukilkan lewat riwayat seorang sahabat bernama Husain bin Muhsin. Suatu ketika beliau menyatakan bahawa ibu saudaranya pernah bercerita kepadanya.

أَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: أَيُّ هَذِهِ,
أَذَاتُ بَعْلٍ؟ قُلْتُ: نَعَمْ. قَالَ: كَيْفَ أَنْتَ مِنْهُ؟ قَالَتْ: مَاآلُوْهُ
إِلاَّ مَا عَجِزْتُ عَنْهُ. قَالَ: فَانْظُرِي أَيْنَ أَنْتِ مِنْهُ فَإِنَّمَا
هُوَ جَنَتُكِ وَ نَارُكِ
Maksudnya : “Aku pernah mendatangi Rasulullah SAW, kemudian beliau bertanya, “Wahai perempuan, apakah engkau punya suami?” Aku menjawab, “‘ya.” Baginda kemudian bertanya, “Bagaimana perlakuanmu terhadapnya?” Aku menjawab, “Aku tidak lalai dalam melayani Dan mentaatinya selama mana aku mampu.” Baginda kemudian bersabda, “Perhatikanlah bagaimana perlakuanmu terhadapnya, kerana sesungguhnya dia adalah syurga Dan nerakamu.” ( Hadis riwayat Ahmad Dan An-Nasa’i )
Hadis ini merupakan sebuah lagi nasihat yang paling baik buat saya Dan para suri di luar sana untuk melihat ke dalam diri Dan mendahulukan penilaian yang adil berpandukan akal yang waras Dan iman yang lebih mendepani berbanding emosi. Memang tidak mudah menjadi isteri yang baik, berbudi luhur serta reda dengan apa sahaja yang berlaku.
Namun, andai ingin menagih pengertian suami tetapi enggan memuhasabah kesilapan diri sendiri terlebih dahulu, maka dibimbangi masalah yang Ada tidak akan berkurang, malahan mungkin bertambah Dan bercambah kepada konflik yang baru pula.
Bukan saya tidak mahu memahami kesayuan hati isteri berhadapan sikap dingin suami, bukan juga tidak mengerti keresahan Dan remuk rendam jiwa isteri menghadapi kemarahan suami Dan kata-katanya yang menyakitkan hati, akan tetapi tumpuan saya agar isteri memuhasabah diri adalah demi kebaikan Dan mengelakkan mereka dari terjebak dengan dosa ‘mengkufuri’ kebaikan suami.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ … Dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada ALLAH?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Bukhari )
Kerana itu, sebelum seorang isteri mengungkit kesalahan suami dan ketidakpuasan hati mereka terhadap layanan yang diterima, sebaiknya penelitian isteri terhadap latarbelakang hidup, corak asuhan, persekitaran yang mendominasi sejak kecil dan seumpamanya tentang suami sebelum berkahwin telah mereka maklumi dan fahami sebaiknya.
Ini penting sebagai satu panduan kepada isteri dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik terhadap masalah rumahtangganya sama ada dengan menyelesaikannya sendiri secara bijaksana atau meminta bantuan pihak ketiga yang berwibawa dan diyakini keadilannya ( kaunselor rumahtangga dan pihak berkuasa ) terutama bagi kes-kes yang melibatkan keganasan, pukulan dan seumpamanya.
KEDUA : UBAH DIRI SENDIRI

Seawal mula seorang lelaki dan wanita bergelar suami isteri,mereka sebenarnya sedang menabung tabungan kasih dan cinta sesama mereka. Namun begitu, tabungan kasih ini akan menyusut seiring berlakunya pergolakan rumahtangga.
Kebiasaan yang belaku, bila berkurangnya kasih, akan berkurang juga semangat untuk melaksanakan kewajipan yang ada. Usaha dan peluang untuk menyuburkan kembali kemesraan dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Di pihak suami, lazimnya, ego seorang lelaki menahan mereka dari memulakan langkah pertama untuk berdamai; sedang di pihak isteri, selalu menjustifikasikan bahawa pasangan mereka yang harus lebih dulu memujuk dan membelai. Keadaan ini yang menghalang pasangan suami isteri untuk saling berkompromi sehingga masing-masing menjadi tidak peduli.
Baik suami mahu pun isteri mula membawa haluan sendiri. Masing-masing menunggu dan berharap pasangan akan datang meminta maaf. Menurut kajian pakar, seorang lelaki sukar untuk mengajukan permohonan maaf kerana mereka sangat benci dilihat sebagai seorang yang silap. Bagi mereka, meminta maaf bermakna mengakui kesalahan sendiri, sekaligus menunjukkan mereka sebagai orang yang gagal dan tidak berprestasi.
Sementara di pihak wanita, mereka meninggalkan perhubungan bersama lelaki yang dicintai bukan kerana tidak gembira dengan unsur material yang disediakan, sebaliknya kerana keperluan emosi mereka tidak dipenuhi sebaiknya. Inilah perspektif dan reaksi yang salah yang sering ditempuh oleh banyak pasangan dalam menangani kemelut dalam perhubungan mereka.
Lantaran itu, saya berusaha di dalam penulisan ini untuk mengajak para isteri memulakan ikhtiar pertama dengan melakukan perubahan pada diri sendiri baik fizikal, mental dan spiritual, demi menjaga keutuhan perkahwinan mereka. Antara yang boleh dilakukan ialah :
1. Mempertingkatkan amal soleh dalam rangka untuk menambah iman, taqwa dan keikhlasan kepada ALLAH SWT. Ini dapat diimplimentasikan dengan mentaati segala suruhan dan menjauhi larangan-NYA. Rasa bahagia dan tenang akan berlaku seiring dengan tingkatan keyakinan seseorang kepada TUHAN Yang Maha Esa.
Tidak akan ada kesabaran melaksanakan semua itu kecuali dengan mengetahui kebesaran-NYA. Oleh itu, semakin akrab dan kenal kepada Pencipta Yang Maha Berkuasa, maka semua masalah yang berat menjadi ringan, yang sukar akan bertambah mudah untuk menanganinya.
2. Menambah ilmu tentang perbezaan lelaki dan wanita sama ada dari sudut biologi, psikologi dan kecenderungan masing-masing. Buku-buku yang membicarakan tentang ini terlalu banyak di pasaran, tinggal lagi mahu atau tidak sahaja membaca dan menghadamkannya.
Alasan sudah lama berkahwin tidak wajar membantutkan usaha untuk memperbaiki hubungan sedia ada kerana tiada istilah terlewat dalam melakukan apa-apa kebaikan. Kefahaman terhadap perbezaan ini banyak membantu isteri untuk lebih mengerti dan memahami seorang suami.
2. Mengetahui punca ketidakselesaan suami yang boleh menimbulkan kemarahannya, sama ada dengan bertanya atau meneliti tindak balas suami serta berusaha menutup apa sahaja jalan yang boleh membawa kepada kemarahannya itu. Sebagai contoh, jika suami tidak gemar isteri memakai t-shirt dan berkain batik di rumah, maka isteri perlu berusaha untuk tidak memakai pakaian tersebut di hadapan suami atau sewaktu keberadaannya. Ia tidak sukar, tetapi ia juga tidak mudah untuk dilakukan jika kemahuan dan keselesaan sendiri mengatasi kecenderungan untuk menakluki hati suami.
Saya meyakini, seorang isteri tidak akan mampu mengubah seorang suami menjadi sebagaimana yang diingini, tetapi seorang isteri mampu mengubah diri sendiri untuk mendapatkan apa yang diimpi.
Percayalah !
KETIGA : MANFAAT EMOSI
Sebagai seorang isteri dan wanita yang dibekalkan oleh ILAHI dengan kelebihan dari sudut emosi, kelebihan yang ada ini boleh dimanfaatkan untuk menguasai suasana rumahtangga. Jangan hanya memanipulasi emosi dengan merajuk, cemburu dan bermasam muka, sebaliknya gunakan ia sebagai ‘senjata’ untuk memenangi hati suami tercinta.

Saya suka untuk berkongsi beberapa usaha berkait emosi yang pernah, sedang dan masih saya lakukan untuk meraih kedamaian rumahtangga. Tiada lain yang saya harapkan melainkan reda dan keberkatan dari ALLAH ar Rahman. Antaranya :
1. Ketika suami dikuasai marah adalah penting untuk seorang isteri mendiamkan diri dan tetap bertenang. Pertelingkahan hanya akan menjadi panjang bila masing-masing berbalas hujah dan menegakkan pendirian. Akan tetapi, jika isteri mendiamkan diri, ribut kemarahan yang melanda suami akan segera berlalu pergi. Api yang marak tidak akan padam jika disimbah dengan minyak, bahkan nyalaannya akan semakin marak, menular dan membakar apa sahaja yang ada di sekelilingnya. Hanya air yang dingin sahaja mampu mengalahkan api yang menjulang tinggi.
2. Setelah kemarahan suami reda, jika mampu berdepan dan menjelaskan kebenaran, lakukanlah dengan tutur yang lembut dan sopan. Namun, jika sukar dan bimbang tangisan lebih menguasai perbincangan, manfaatkan teknologi semasa yang ada untuk berkomunikasi dan menyatakan pendirian. Saya juga sering melakukan ini bila berlaku salah faham di antara saya dan suami dan ia banyak membantu mengembalikan semula keceriaan dalam perhubungan kami.
3. Walau siapa pun suami yang ada di hadapan mata, dia masih memerlukan belaian dan layanan mesra seorang isteri. Justeru itu, gunakan luang waktu yang ada untuk melayan dan membelai suami sebaiknya. Jangan menjadikan anak-anak dan kesibukan rutin seharian sebagai alasan.
Tidak perlu menunggu masa, hari dan sambutan tertentu atau khusus sahaja untuk melayan suami. Tidak perlu juga meluahkan bahasa cinta yang berbunga-bunga untuk menjayakannya. Cukup sekadar dengan perlakuan yang lembut dan mesra di waktu senggang, contohnya, selepas solat berjamaah bersama. Sambil bibir membaca wirid dan zikir, tarikan jari jemari di badannya. Urutan yang bersahaja mampu memberikan kelegaan kepada fizikal dan mental suami setelah penat mencari rezeki.
4. Sekali sekala, luangkan sedikit masa untuk melakar luahan cinta dan kasih kepada suami walau hanya di atas lembaran putih. Saya melakukan ini, sebagai satu kejutan, berisi kata-kata penghargaan, terima kasih, harapan dan impian seorang isteri terhadap suami tercinta. Saya menyediakan sebuah buku khusus untuk itu. Ia bukan sekadar untuk menggembirakan emosi dan perasaan suami, malahan ketika hati dirundung hiba dan kecil hati terhadapnya, tulisan itu sedikit sebanyak dapat memujuk diri.
5. Bermunajatlah kepada ALLAH SWT dengan ikhlas dan pasrah pada sepanjang masa, terutama ketika dilanda masalah dalam rumahtangga. Ingatlah sentiasa, kebencian yang meluap, kemarahan yang memuncak tidak lebih hanya merupakan manifestasi kejayaan syaitan dan tipudayanya untuk menghancurkan binaan ‘sebuah masjid’. Oleh itu, padamkan kebencian dan kemarahan itu dengan tangisan pengaduan dan keinsafan seorang hamba kepada Khaliqnya.

Yakinilah dengan hati bersuluh iman bahawa tindakan dan usaha-usaha di atas bukan sekadar untuk meraih kasih suami dan perhatiannya, bahkan dengan izin dan rahmat dari ALLAH SWT, ia juga mampu menangkis dan menghalang seorang suami dari melakukan sesuatu berupa pengabaian terhadap kewajipannya kepada isteri dan rumahtangga.
Kepercayaan dan keyakinan ini perlu ada di dalam diri para isteri kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tidak boleh dihitung dengan jumlah dan angka kerana ia melibatkan unsur keberkatan dari Yang Maha Esa.
SINERGI 1, 2 DAN 3 : KEKUATAN CINTA SEORANG ISTERI
Saya tidak berdaya membalas kesemua emel yang diterima. Justeru, saya mengharapkan sedikit pandangan dan cetusan idea dari penulisan ini mampu membuka jalan buat para isteri terutamanya untuk mengembalikan keceriaan pada mahligai kasih mereka bersama suami yang dikasihi.
Sedarilah, cinta yang murni sifatnya selalu memberi. Ia tidak sesekali melemahkan, sebaliknya menyalurkan kekuatan.
Kasih yang suci, bersumberkan panduan ILAHI tidak pernah memendam benci kerana kesucian kasih dan cinta umpama baja yang menyuburkan taman kehidupan, manakala kebencian adalah racun yang membawa kemusnahan.
Ingin saya jelaskan bahawa saya sama sekali tidak menafikan kewajipan para suami dan pelaksanaan hak-hak isteri yang wajib ke atas mereka kerana penegasan tentang itu telah banyak disebut oleh Rasul yang mulia, juga amaran siksa dan azab yang menanti bagi suami yang mengabaikan anak isteri.
Cuma, di dalam kebanyakan penulisan saya di blog ini, saya lebih cenderung untuk menonjolkan peranan dan kewajipan seorang isteri atas sebab-sebab yang telah dinyatakan.
Justeru, buat para isteri yang membaca, berusahalah memahami dan meyakini seruan Rasulullah SAW yang dikasihi bersama tekad dan azam untuk melakukan perubahan diri berbekal kekuatan emosi anugerah ILAHI.
Sesungguhnya pada saya, sinergi pertama, kedua dan ketiga perkara ini, merupakan kekuatan cinta seorang isteri.
Semoga ALLAH SWT merahmati dan memberkati semua usaha dan ikhtiar kita, ameen.
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH.
Sumber : www.ummuhusna99.blogspot.com
Comments
Post a Comment