Dua minggu ni adalah hari bahagia untuk Fiqa... Minggu lepas ia mengetahui keputusan SPMnya yang dinantikan... Walaupun ia bukan keputusan yang amat cemerlang tetapi mendapat 3A memadailah dengan keupayaan Fiqa. Umi sentiasakan mendoakan kejayaan mu di dunia dan juga di akhirat. Ingatlah anakku....sentiasalah mengingati Rasulullah SAW dengan berselawat dan sentiasalah mendekati Allah SWT....tanpa inayah dan hidayahNYA...siapalah kita anakku.
Minggu ini pula dia lulus ujian memandunya. Aku membayar untuk pakej belajar sampai lulus...tak sangka pulak Fiqa lulus dengan sekali sahaja ujian....
Tahniah! Hanis Afiqah.....ingatlah perjalanan hidupmu masih panjang....pancaroba dan dugaan dalam kehidupan senantiasa menanti di sepanjang perjalanan....Hanya Allah SWT yang akan bisa menyelamatkanmu....ingat anakku...jangan kau cari jalan yang lain selain jalanNYA.
Comments
Post a Comment