Pada tanggal 28.02.2009 bersamaan 3 Rabiul awal 1430H Along..Shuhaili Hassan selamat ditunangkan dengan Nurul Afifah di Alor Star, Kedah. Empat buah kereta daripada Petaling Jaya manakala kami (ummi dan ayah serta fiqah) terpaksa naik flight memandangkan kami akan ke Bandung pada pagi Ahadnya. Atuk tak ikut..jadi terpaksalah ina sekeluarga tinggal menemani atuk. Walaupun kurang sihat Pok Long dan Mok Long dengan berbesar hatinya sudi menerima jemputan kami sebagai juru cakap rombongan kami. Begitu juga uda Ju dan uda Atun sanggup terbang dari Subang pada pagi hari majlis untuk meraikan majlis pertunangan Along. Shimah sekeluarga, walaupun sedang sarat mengandung.....dari Kelantan balik untuk meraikan majlis along. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki kalian dan diberi kesihatan yang baik kerana sudi meraikan majlis pertunangan anak kami...sebagai orang tua kami amat menghargainya.
Majlis along sememangnya sudah lama dinantikan. adik-adik perempuan semua dah berumahtangga kecuali siti sofia. Alang Khusairi adik lelaki...insyaallah lah bakal menyusul mengikut jejak along. Semoga ikatan ini berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya sehingga akhir nyawa. Insyaallah...aminnnnn
Ini adalah antara hantaran dari along untuk tunangannya ifa. Kami hantar tujuh dulang berbalas sepuluh dulang. Tepak sirih, dua bentuk cincin, baju nikah, tuala, kek, buah-buahan dan coklat. Pihak perempuan membalas dengan baju nikah, songket, tuala dan yang lainnya adalah manis-manisan.
Agak besar-besaran juga persediaan sebelah perempuan..siap dengan pelamin dan juga doorgift....mungkin kerana selepas ini majlis akan dibuat di Kuala Lumpur. Along malu-malu...tetapi bila di suruh bergambar dengan tunangannya langsung tak nak turun dari pelamin walaupun semua orang sedang membuat tahlil ringkas....bukan apa kerana malu yang amat sangat.......nak pandang orang pun malu... camne nak bersanding nanti ni.....hehehe.. takpe...belajar dari pengalaman...
Comments
Post a Comment