ni semua gambar masa gi Germany. Kami gi Titisee Lake, satu kawasan perlancongan kat germany. kat sini terkenal dengan kek blackforestnya, tapi kami takleh makan sebab keknya letak arak. macam biasa makan salmon jelah. kat sini jugak terkenal dengan cuckoo clock. Kami juga pergi kat satu kota/macam istana lama gitu yang terkenal dan makan tomyam kat sini. taukeh dia orang siam , terpaksa bawa kotak ayamnya ke depan kerana kami nak memastikan bahawa ayam tu halal. Dia beli ayam beku dari India yang bertulis halal dan kalimah bismillah. kira oklah tu. Aku tak beli apapun, cam biasa hanya hanya beberapa keping magnet peti ais untuk kenangan.
Comments
Post a Comment