Masjidil Haram Makkahtul Mukarramah



Dari dulu saya dah berniat, sebelum fiqa menduduki SPM, saya akan bawa dia ke Mekah menunaikan Umrah. Kebetulan pula tahun ni ada diperkenalkan ziarah semasa musim sejuk ke 5 kota di Arab Saudi (KSA). Umrah ziarah ini bukan sahaja ke Kota Mekah, Madinah dan Jeddah tetapi juga ke Taif dan Madain Salleh. Umrah ini dibuka hanya pada bulan Jan hingga Mac dan Bulan Okt -Dec. Umrah ini agak mahal kerana menggunakan visa ziarah dan bukannya visa umrah. Visa umrah hanya dibuka setiap tahun bermula bulan April.Kami mengikuti kumpulan Andalusia Travelkerana selepas selepas survey, kumpulan inilah yang termurah hanya RM5350 berbanding RM7000 oleh Rayhar dan Tabung Haji Travel.

Walaupun sudah berulangkali ke Mekah saya dan suami belum berpeluang ke Taif dan juga Madain Salleh. Sudah rezeki fiqa, kali pertama pergi dah dapat pergi ke lima kota disamping mengerjakan umrah... Kali ini juga kami beria-ria mengambil gambar di dalam Masjidil Haram. Sebelum ini ke Mekah semasa musim haji dan bulan Ramadhan, keadaan tidak mengizinkan kerana kawalan yang agak ketat. Tetapi mengunjungi Mekah di awal tahun, kawalan berkurangan malah orang yang agak berkurangan, sehingga kami boleh mengucup hajarul aswad bila saja kami inginkan....alhamdulilah. Rezeki dariNYA...



Comments