Selain kunjungan biasa ke masjid-masjid sekitar Madinah, kunjungan yang agak luarbiasa ialah ke perkampungan Madain Salleh yang bermaksud tempat Nabi Salleh as. Pada zaman tu manusia sudah mempunyai kemajuan yang agak tinggi dimana mereka telah mengorek semua bukit-bukit untuk dijadikan pekan mereka. Perkuburan, pusat pertadbiran semuanya di sini. Kalau sesiapa yang pernah ke Jordan mungkin telah melihat senibina yang sama. Rumah-rumah mereka daripada tanah liat tetapi masih kekal perkampungan sehingga hari ini walaupun Allah swt telah memusnahkan kaum ini kerana keingkaran mereka kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Salleh as. Masjid yang dibina dari batang dan pelepah oleh Rasulullah saw juga masih megah berdiri. Untuk pengetahuan anda, perkampungan ini tidak lagi didiami oleh sesiapa. Tidak jauh dari Madain Salleh adalah pelabuhan semasa kerajaan Bani Uthmaniyah yang telah membina stesen keretapi dan rumah persinggahan serta tangki air untuk bakal-bakal jemaah haji yang masuk melalui Mesir.
Sesungguhnya perjalanan ini semakin mendekatkan kami dengan Allah Maha Pencipta. Bani Ad dan Tsamut menerima secara 'cash' keingkaran mereka......kita pula bagaimana??...marilah kita kembali ke jalanNYA dalam seluruh kehidupan, sepenuhnya menegakkan syariatNYA. Ya Allah ..kau kekalkanlah kami sekeluarga dalam syariatMu, menjadi penegak dan pencinta syariatMU dalam segala aspek kehidupan kami..amin..
Comments
Post a Comment