Penerbangan ke korea agak memenatkan. Kami menaiki vietnam airlines dan transit 5 jam di Ho Chih Min City. Sempatlah ke masjid HCMC dan city tour. 12 malam kami terbang semula ke Seoul city. Hari pertama kami terus ke ski resort. Ramai geng yang main ski tapi aku hanya naik cable car ke puncak untuk menikmati pemandangan. fiqa teringin naik main ski tapi takut kerana uminya tak mahu....eee ngeri tengok orang meluncur. Sebelum meluncur kita boleh ambil class dulu untuk ditunjukajar cara yang betul. kami juga melawat ke tempat pengambaran filem ...apa ya tajuknya...maaf dah lupa. Tapi bagus juga korea ni semua perkampungan filemnya dijadikan tempat perlancongan termasuklah winter sonata. Hotel yang kami duduki sangat cantik, Tv LCD 50 inci dan bilik air yang sangat besar. Masa kami datang salji turun dengan lebatnya. kami hanya merakamnya dalam video cam. Makanan Islam senang dicari kerana ramai pak arab dan india muslim.
Kami ke Nami Island. Nami Island terkenal kerana merupakan tempat pengambaran siri Drama Korea Winter Sonata. Pulaunya kecil sahaja, jadi kami semua kesejukan yang amat. unggun api ada di setiap sudut pulau untuk kemudahan pengunjung memanaskan badan.
nak tanya..awk gie korea nie,brp bajet yer...ader ikut maner222 agensi ker..
ReplyDelete