<
kata orang paris adalah kota fesyen dan juga kota cinta, kerana ramai suka honeymoon di sana. kat sini ramai orang Islam dari algeria yang migrate ke sini termasuklah pemain bola sepak terkenal france. Kami pergi ke shopping kompleks AlFayed , orang Islam yang mempunyai Harrods di London. arwah anaknya dulu mati bersama-sama princess diana di sini, dalam salahsatu terowong yang kami lalu. Tempat kematian diana penuh dengan bunga2 kerana tak silap minggu sebelumnya adalah ulangtahun kematian diana.Shopping kompleks ni memmang cantik, designnya, hiasan dalamannya dan juga barangnya. kami hanya beli air mineral he..he...tapi majoriti pekerjanya islam dan sentiasa memberi salam bila melihat kami .
Paling memenatkan ialah semasa nak menaiki Eiffel Tower, terpaksa beratur dua jam lebih kerana orang terlalu ramai. kami naik lift terus ke tingkat dua. kita boleh nampak permandangan seluruh bandar paris dari sini. tapi masa kemi pergi tu hujan,jadi agak berkabus dan kesejukan yang amat. kata orang, malam cantik tapi sayang kami pergi siang. Menyusuri sungai seine juga pengalaman yang menarik. kat europekan banyak terusan tapi sungai negara bersih dan cantik...sedih bila mengenangkan sungai di Malaysia.....sepatutnya orang Islamlah yang menjaga kebersihan kerana tuntutan agama.
Tempat yang paling cantik, dan nyaman adalah switzerland. Kami tinggal di Lucerne sebuah tempat percutian di switzerland. Kat sini juga banyak kedai jam, jangan tak tahu...jam yang terbaik datang dari swiss. satu hari juga kami meronda di pekan lucerne, hanya walk distance dengan hotel, bukan membeli pun hanya beberapa souvenir dan seutas jam rado. kami masuk ke train station...cantik gitu ala-ala KL sentral dan disitu juga tempat bas.
Esoknya pagi-pagi kami ke Mt Titlis. Mt ni 3500m dari aras laut, kami terpaksa naik dua kali kabel car. cable car pertama hanya muat 4 orang ke station 1. cable car kedua memuatkan 30 orang dan boleh berputar. yang seronoknya guide boleh bercakap dalam bahasa indonesia. Paling mengejutkan kat sini ada restoran yang menyajikan makanan indonesia. Jangan tak tahu, belanda pernah menjajah indonesia jadi banyak tempat di europe ada banyak penerangan guide yang dialihbahasa ke bahasa indonesia.
Comments
Post a Comment