Makkah : Taif




Di Taif kami melawat tempat perlancungannya yang agak sejuk..ala-ala genting gitu. Kat sini banyak monyet..tetapi monyetnya sangat cantik....tak sama cam monyet/kera kat Malaysia..kuasa Allah swt. Taif juga terkenal dengan buah-buahannya kerana tempatnya yang sejuk, sesuai untuk penanaman. Pasar buahnya tidaklah berapa besar, tetapi buah-buahannya pelbagai dan agak murah berbanding harga kota Mekah dan Madinah. Majoriti kami memborong buah delima madu. Di taif juga kami di bawa ke tempat dimana orang-orang kafir Quraish pernah menghina dan menyakitkan Rasulullah saw. Batu yang ingin ditolak oleh orang kafir ke atas Rasulullah masih kekal sehingga hari ini untuk tatapan kita umat Nabi Muhammad saw. Buat pertama kalinya kami berniat umrah di Qarnu Manazil sebelum kembali ke Kota Mekah. Sebelum tu kami dihidangkan dengan nasimandi. Best giler makn dengan cili hijau sebagai ulam.....uummph...

Comments